Pendatang baharu, Negeri Sembilan (NSFC) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 6 perlawanan Liga Super musim ini.

Malah, kemenangan 2-1 menentang Sarawak United semalam menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu kini menghuni kedudukan teratas liga dengan 14 mata hasil daripada 4 kemenangan dan 2 keputusan seri.

Dalam perlawanan itu, Sarawak terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi tandukan Boris Kok pada minit ke 51 selepas menerima hantaran daripada Lee Chang Hoon.

Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila NSFC bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Herold Goulon. Ini merupakan jaringan kelima pemain tersebut pada musim 2022.

NSFC kemudian terus garang menambah satu lagi gol dan kali ini menerusi rembatan Matheus Alves dari luar kotak penalti.

Malam Sarawak kian buruk apabila Sharbinee dilayangkan kad merah pada minit akhir perlawanan selepas menahan bola menggunakan tangan di luar kawasan penalti dan S Chanturu menggantikan tempatnya sebagai penjaga gol.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. NSFC dijadualkan menentang juara bertahan, JDT pada hari rabu ini dan ia dijangka berlangsung sengit serta disaksikan oleh ribuan penyokong di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Herold Goulon Dipilih Sebagai Pemain Paling Menyerlah Dalam Liga Super Minggu Ke-6

Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0

CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi

Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik