Andrew Nabbout adalah nama yang sinonim bagi penyokong skuad Negeri Sembilan pada separuh pertama musim 2016, apabila penyerang dari Australia ini menyertai pasukan yang dibimbing oleh Gary Phillips pada ketika itu.

Beraksi dalam Liga Premier 2016, hubungan diantara Andrew Nabbout dan Negeri Sembila tidak bertahan lama, apabila beliau dilepaskan lebih awal pada jendela perpindahan pertengahan musim 2016.

Sekarang, Andrew Nabbout beraksi bersama dengan gergasi J1 League, Urawa Reds sejak bulan Mac 2018, selepas perpindahan yang bernilai USD500,000 (RM1.98 juta).

Negeri Sembilan ‘Terlepas’ Berkongsi RM305,438 Kerana ‘Reject’ Andrew Nabbout

Semalam, Socceroos baru mengumumkan senarai akhir 23 pemain Australia yang akan beraksi di Piala Dunia Russia 2018 nanti.

DepH3L5X0AMMKXD

Nama Andrew Nabbout ada dalam senarai tersebut selepas prestasi cemerlang membantu skuad itu dalam perlawanan pra Piala Dunia.

Menurut FIFA, mana-mana kelab yang melepaskan pemain mereka untuk beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018 ini akan menerima ‘pampasan’ berjumlah USD8,530 (RM33,937) sehari bermula dari 14 hari sebelum sepak mula sehingga sehari selepas pasukannya tersingkir.

Sepak mula Piala Dunia Russia 2018 adalah pada 14 Jun 2018 dan perlawanan terakhir Australia (sekiranya tidak layak ke pusingan kalah mati) adalah pada 26 Jun 2018 bertemu Peru.

Ini bermakna kelab semasa Andrew Nabbout serta bekas kelab beliau dalam tempoh 2 tahun bermula Julai 2016 akan menerima bayaran dari FIFA dan Negeri Sembilan tidak mempunyai kontrak dengan Nabbout pada tempoh itu.

Bagaimana Wang Tersebut Diagihkan Kepada Kelab?

Dalam kes Andrew Nabbout, berdasarkan amaun yang ditetapkan oleh FIFA seperti diatas, jumlah wang untuk dibahagikan kepada kelab beliau adalah 27 hari x USD8,530 (RM33,937) = RM916,299 secara keseluruhannya.

Cara pembahagian adalah seperti berikut;

Screenshot 2019-10-24 at 1.03.49 AM

Tempoh 2 tahun bagi kes Andrew Nabbout adalah diantara 27 Julai 2016 hingga 27 Julai 2018. Dan dalam tempoh ini hanya 2 kelab layak menerima wang tersebut iaitu Newcastle Jets dan Urawa Red Diamonds.

Negeri Sembilan tidak layak menerima sebarang amaun kerana telah melepaskan Andrew Nabbout kepada Newcastle Jets pada 19 Julai 2016. Jika Negeri Sembilan ‘pegang’ beliau kira-kira seminggu lebih lama, mereka layak menerima sebahagian dari wang tersebut.

Nota: 1/3 dari jumlah keseluruhan (RM916,299 / 3 = RM305,433) dan berkongsi dengan Newcastle Jets mengikut jadual pembahagian diatas.

Baca juga artikel menarik lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

Akira Nishino Gugurkan Pemain Kacukan Sweden-Thailand Kerana Menipu Mengenai Kecederaan

Akira Nishino: Durasi Perlawanan Bola Sepak Di Negara Bukan ‘High Level’ Adalah Lebih Pendek

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi