
Pasukan Negeri Sembilan memulakan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menandatangani tujuh pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan.
Sebelumnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah menandatangani kontrak dua pemain berpengalaman iaitu bekas ketua pasukan Selangor, Shahrom Kalam dan bekas pemain, Shahruaim Abu Samah. Dua pemain yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan in8 dikhabarkan menandatangani kontrak selama setahun.

SHAH ALAM 05 APRIL 2017. Pemain UiTM FC, Muhammad Syafiq (kanan) cuba menghalang pergerakan pemain PDRM, Shahurain Abu Samah (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium UiTM Shah Alam. Keputusan penuh UiTM FC 4-3 PDRM. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Baru-baru ini, PBNS membawa masuk lima lagi pemain iaitu bekas penyerang Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, pemain pertahanan Pulau Pinang, Che Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad B-23 tahun negara, Shamie Iszuan.
Menurut laporan Harian Metro, kelima-lima pemain ini menandatangani kontrak selama setahun bersama PBNS.

Shamie Iszuan. Sumber Gambar: Sarawak Voice
“Mereka adalah pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan dalam saingan liga tempatan sebelum ini dan diyakini mampu memperkuatkan lagi kekuantan pasukan,” kata seorang sumber.
Pada masa yang sama, PBNS mengekalkan khidmat pemain pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah yang mana turut dilantik sebagai ketua pasukan dan bakal bergandingan bersama Shahrom Kalam.
Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan Liga Malaysia menghadapi saingan musim 2020 di sini:
Perak Cari Seorang Lagi Pemain Import Ganti Tempat Hussein El Dor
good news from n.sembilan fa for next year.i hope squad the jangs can win all matches
#Hobin Jang Hobin #Juang sampai Juara #Ini Paroi Jangan Main #Sehati Sejiwa
I Hope UN9 Can Support Squad The jangs
#Kemanosajo#Hobin jang hobin#Juang sampai juara#Ini paroi jangan main#Sehati sejiwa