Ketua jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor mengakui terkejut dengan aksi yang ditampilkan oleh anak buahnya ketika tumbang 0-1 ditangan Skuad Projek FAM-MSN pada Ahad lalu.

Pengendali yang merupakan bekas pertahanan kental dalam kancah bola sepak tempatan itu turut menyifatkan mereka tidak berdisiplin di atas padang sehingga membolehkan lawan mampu meledak jaringan.

Nazrulerwan beranggapan anak buahnya seolah-olah memandang rendah atas kemampuan skuad kendalian Yusri Che Lah itu sekali gus menghukum pasukan di laman sendiri untuk meraih kekalahan kali ketiga berturut-turut.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu menyaksikan jaringan tunggal Azhad Harraz Azman pada minit ke-77 telah menghadiahkan kemenangan sulung buat skuad Projek FAM-MSN.

Nazrulerwan Makmor

“Saya terkejut, pemain saya tidak berdisiplin di atas padang terutamanya di barisan pertahanan, jadi inilah yang kami dapat.”

“Pemain-pemain saya memandang rendah terhadap skuad Projek FAM-MSN dan kita sepatutnya dah tahu yang mereka memang akan bermain lebih dari 100 peratus jadi inilah akibat yang kami dapat.”

“Saya akan buat rombakan kecil dan akan ada beberapa pemain yang akan diketepikan menjelang aksi menentang Kuching City nanti”, jelasnya.

Kekalahan Kelantan United kelmarin telah meletakkan mereka di kedudukan kelapan Liga Premier manakala Skuad Projek FAM-MSN masih lagi di tangga tercorot dengan enam mata.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”

Paul Pogba: Ini Skuad Terkuat Sepanjang Saya Di Manchester United

Yusri Che Lah Harap Kemenangan Sulung Tingkatkan Motivasi Anak Buah