Bekas pemain Melaka United, Nazrin Nawi mengakui teruja untuk beraksi bersama pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Setelah berkelana dengan beraksi bersama pasukan seperti Kuala Lumpur, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan dan Melaka, Nazrin pulang ke negeri kelahirannya dan berazam untuk mencipta impak positif.

Nazrin Nawi
Nazrin Nawi

Pemain berusia 31 tahun itu mahu menampilkan aksi terbaik sekaligus membantu Kelantan kembali ke saingan Liga Super pada musim 2021 nanti.

“Saya mahu membantu skuad ini berada di landasan menarik yang pernah dikecapi penyokong setia pasukan terbabit sebelum ini.

“Dengan gabungan padu barisan pengurusan, jurulatih, pemain tempatan dan import berwibawa sudah pasti kejayaan skuad ini mampu direalisasikan,”katanya menurut laporan Harian Metro.

Nazrin Nawi
Sumber Gambar: MFL

Selain menandatangani Nazrin Nawi, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) juga berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain sayap Pahang, Wan Zaharulnizam bagi memperkuatkan pasukan.

Kelantan terus dibimbing oleh Yusri Che Lah bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2020 nanti.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan yang telah kami sediakan di sini:

Kelantan Gunakan Khidmat Penyerang Tempatan Bertaraf Bintang Musim Hadapan

Nazrin Nawi Hampir Pasti Menyertai Pasukan Kelantan, KAFA Masih Memburu Beberapa Pemain Berstatus Bintang

Kelibat Kelantan United Tidak Risaukan KAFA