Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Suwon Samsung Bluewings menunjukkan kebangkitan beberapa pemain yang sebelum ini tenggelam ataupun hanya beraksi bersama pasukan pembangunan dalam saingan Liga Perdana.

Fadhli Shas menampilkan persembahan cemerlang dimana beliau mencipta gandingan mantap dengan Mauricio di bahagian pertahanan dimana kedua-dua pemain berjaya menyekat gerakan serangan pihak lawan.

Nazmi Faiz
Sumber Gambar: JST

Selain Fahdli, seorang lagi pemain iaitu Nazmi Faiz Mansor turut menampilkan aksi yang memberangsangkan dimana beliau mengawal bahagian tengah JDT dengan baik.

Nazmi digandingkan dengan Naxto Insa bagi mengisi bahagian tengah sekaligus membantu barisan serangan yang diketuai Diogo Luis Santo.

Pemain berusia 26 tahun itu memainkan peranan besar bagi dua gol yang diperoleh JDT. Pada separuh masa pertama, trough ball beliau kepada Diogo berjaya menghadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan oleh Gonzalo Cabrera.

Nazmi Faiz
FOTO: JST

Pada separuh masa kedua, hantaran lintang bekas pemain Selangor itu ditanduk oleh Mauricio sekaligus menjaringkan gol kemenangan.

Melihat kepada persembahan yang ditampilkan oleh Nazmi Faiz, beliau wajar untuk dipertimbangkan bagi kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

Apa yang perlu dilakukan oleh Nazmi ialah mengekalkan prestasi semasa sekaligus terus membarisi kesebelasan utama JDT pada perlawanan akan datang.

Mendapat minit bermain yang cukup boleh membantu Nazmi untuk mengekalkan rentak semasa.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?

JDT Lebarkan Jurang Mata Ranking AFC MA, Optimis Malaysia Mampu Pintas Australia Dan Vietnam Jika Konsisten