Pemain pertahanan Perak, Nazirul Naim meluahkan rasa kecewa beliau apabila ramai pemain utama meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Nazirul mempersoalkan selepas pemergian beberapa pemain, siapa yang akan kekal bagi menggalas cabaran pasukan bagi menghadapi baki saingan musim 2021.

Setakat ini, Perak telah kehilangan empat pemain utama iaitu Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Kenny Pallraj dan J.Partiban yang menyertai Kuala Lumpur City.

Baru-baru ini, pemain import iaitu Shakir Hamzah dikhabarkan telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak dan bakal kembali ke saingan Liga Singapura dengan dua kelab iaitu Tanjong Pagar serta Lion City Sailors menjadi destinasi pilihan.

Perak mula kehilangan pemain penting selepas pasukan itu menghadapi krisis tunggakan gaji yang serius sehingga menyebabkan pemain pernah memboikot sesi latihan.

Nazirul Naim sendiri menjadi sasaran beberapa pasukan Liga Super yang lain dan tidak mustahil untuk pemain itu berhijrah bagi baki saingan musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Super di sini:

Kedah Tiada Rundingan Untuk Dapatkan Khidmat Sanjar Shaakhmedov

Pemain Terengganu Bakal Divaksinkan Sebagai Persiapan Hadapi AFC Cup

UiTM Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Ketua Pasukan Harimau Muda Secara Pinjaman