Pasukan Perak terus menerima khabar kurang menyenangkan apabila pemain pertahanan, Nazirul Naim memberi bayangan seolah-olah beliau bakal meninggalkan pasukan dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Nazirul menyuarakan kekecewaan beliau kerana semakin ramai pemain utama yang meninggalkan Perak pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Pemain pertahanan kiri itu kemudiannya mengucapkan terima kasih di laman media sosial Twitter miliknya selain meminta maaf kepada penyokong.

“Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk karier anda dan juga keluarga. Selalu ada pro dan kontra. Tetapi inilah kehidupan dan kita perlu membuat keputusan.

“Ambil perkara ini sebagai cabaran. Terima kasih untuk kenangan, saya memohon maaf,” kata Nazirul Naim.

Beberapa pemain utama seperti Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj dan J.Partiban kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan pasukan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City.

Tidak lama kemudian, Shakir Hamzah turut meninggalkan pasukan dimana dua kelab Singapura iaitu Tanjong Pagar dan Lion City Sailors serta kelab Thailand berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Petaling Jaya City Mahu Pinjam Hazwan Bakri

Nazirul Naim Kecewa Semakin Ramai Pemain Tinggalkan Perak

Shakir Hamzah Capai Persetujuan Tinggalkan Perak