Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah kacukan negara, Natxo Insa diturunkan pada perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Nagoya Grampus dalam aksi kumpulan G saingan AFc Champions League (ACL) musim 2021.

Natxo diturunkan bersama Afiz Fazail dan Leandro Dos Santos di bahagian tengah dan pemain berusia 35 tahun itu menampilkan prestasi yang baik meskipun JDT tewas dengan keputusan 1-0.

Bekas pemain Levante itu dilihat mengawal bahagian tengah dengan baik selain membantu barisan serangan merencanakan gerakan dengan kualiti hantaran yang dimiliki oleh beliau.

Persembahan yang ditampilkan oleh Natxo ini sekaligus mendapat pujian khususnya dari peminat Harimau Selatan itu dan ada juga yang menggesa agar abang kepada Kiko Insa itu membuat kemunculan semula bersama pasukan negara.

Insa

Sumber Gambar: FAM

Kali terakhir Natxo beraksi bersama skuad Harimau Malaya ialah pada 22 Mac 2018 ketika Malaysia menentang Mongolia dalam satu aksi persahabatan yang berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Aksi menentang Mongolia itu menjadi satu-satunya penampilan Natxo bersama Malaysia dan kini beliau digesa untuk kembali memperkuatkan pasukan negara.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe gagal untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekaligus harus menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada tahun hadapan.

Kelibat Natxo dilihat boleh memantapkan lagi bahagian tengah pasukan negara yang turut mempunyai pemain naturalisasi iaitu Liridon Krasniqi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

ACL 2021: Jaringan Tunggal Hiroyuki Abe Pastikan JDT Hampa

Indonesia Pertimbangkan Tawaran Jadi Tuan Rumah AFC Cup

Ben Davis Nafi Bakal Beraksi Dalam Saingan Thai League

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group