Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan untuk mengenakan hukuman berat kepada pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kerana kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super menentang Perak pada 21 Mac 2021.

Menurut kenyataan daripada pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, Natxo dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan didenda sebanyak RM10,000 selepas didapati bersalah menyentuh dada pengadil, Noor Azriel Baharudin menggunakan kedua-dua tangannya.

Bagaimanapun, satu lagi penggantungan perlawanan ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain tersebut.

“Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” katanya dalam kenyataan rasmi di laman web FAM.

165785740_432542777818964_8903013242777167975_n
FOTO: FAM

Merujuk kepada Artikel 40 Kod ini, penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut,

i) Perlawanan Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim FC lwn Melaka United FC pada Jumaat, 2 April 2021; dan

ii) Baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini. Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan,” jelas Datuk Baljit.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Penjaga Gol Utama Terengganu, Rahadiazli Disahkan Mengalami Kecederaan ACL

Kerteh Sport City Bakal Beri Pengalaman Baharu Kepada Peminat Bola Sepak Tempatan

Faisal Halim Waspada Ancam Bakal Diberikan PJ City FC

Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’

Tiada Jualan Tiket Untuk Perlawanan JDT Menentang Melaka United