Isu pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang dinafikan pendaftaran sebagai pemain tempatan kerana tidak memenuhi polisi pemain naturalisasi MFL, mungkin akan berubah apabila MFL sedia membantu untuk mengkaji semula perkara ini.

Menurut Tunku Ismail, baginda sedia membantu untuk memastikan Sumareh boleh bermain dengan skuad Harimau Malaya memandangkan pemain kelahiran Gambia itu telah memiliki kad pengenalan Malaysia secara sah.

“Saya sedia menolong penyokong tempatan yang mahu Sumareh Sumareh beraksi sebagai pemain tempatan. Ini juga bagi membolehkan pemain itu bermain untuk pasukan kebangsaan,” katanya semasa Forum bersama penyokong di The St Regis Kuala Lumpur semalam.

sumareh naturalisasi

Tunku Ismail juga menjelaskan bahawa kedudukan FAM dam MFL adalah sama berkenaan denga polisi pemain naturalisasi, iaitu kepentingan dan keutamaan akan diberikan kepada pemain-pemain tempatan. Pihak FAM juga telah menubuhkan satu pasukan bagi mengkaji perkara itu dalam kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Mereka akan membuat kajian pemain naturalisasi ini di Cameroon untuk melihat implikasi-implikasi yang mungkin timbul dan belajar dengan lebih lanjut.

“Selain itu, pihak FAM dan MFL juga telah membuat satu pasukan gabungan bukan sahaja untuk mengkaji perkara ini tetapi meyediakan satu ‘blue-print’ supaya pemain tersebut bukan sahaja boleh bermain dalam liga malah mampu beraksi bersama pasukan kebangsaan.”

“Memang itu kajian sekarang ini, dan kita tengah tunggu apa laporan yang kita nak buat ke arah perkara itu.” jelas Tunku.

Kevin Ramalingam dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu memberitahu bahawa pemain naturalisasi tanpa pertalian darah perlu memegang taraf kewarganegaraan Malaysia selama 5 tahun minimum untuk membolehkan mereka didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan liga.