Pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi gembira dengan pencapaian Lionel Messi yang memenangi Ballon d’Or bersama dengan PSG.

Messi mengesahkan Ballon d’Or ketujuh beliau untuk edisi 2021. Messi kini sudah memenangi 7 Ballon d’Or di dalam kariernya.

Paling banyak di dalam sejarah. Meninggalkan Cristiano Ronaldo yang setakat ini sudah memenangi 5 Ballon d’Or dalam kariernya.

Nasser Al Khelaifi tumpang bangga dengan pencapaian pemain PSG itu. Messi musim lalu beraksi untuk Barcelona. Membantu kelab itu memenangi Copa Del Rey.

Messi kemudian menyertai PSG secara percuma. Dan beliau seterusnya membantu negaranya Argentina memenangi Copa America.

Ianya adalah trofi major pertama Messi di peringkat antarabangsa bersama dengan Argentina.

Selepas berjaya membantu Messi memenangi Ballon d’Or, Nasser Khelaifi mendedahkan bahawa pemain penyerang muda mereka, Kylian Mbappe turut mengimpikan anugerah individu berprestij itu.

Dan PSG sudah ada perancangan rapi untuk membantu Mbappe merangkul Ballon d’Or suatu hari nanti.

Nasser Al Khelaifi berkata: “Messi memenangi Ballon d’Or? Kami semua di sini berasa bangga. Ianya Ballon d’Or ketujuh milik Messi, dan yang pertama untuk kami [PSG].”

“Kami berharap ini bukan yang terakhir untuk kami, sementara kita memiliki pemain pemain handalan lain. Mbappe mahu memenaginya.”

“Keraian besar [untuk kejayaan Messi]? Ya, kita ada banyak idea untuk melakukannya.”

Messi kini memfokuskan untuk membantu PSG memenangi UCL bersama dengan pasukan serba bintang. Dan tahun hadapan adalah misi di Piala Dunia Qatar 2022 bersama dengan Argentina.

Baca juga artikel

Messi Tewaskan Lewandowski, Rangkul Ballon d’Or Ketujuh

RASMI: Ralf Rangnick Diumum Sebagai Pengurus Interim Manchester United

Pejabat Juventus Digeledah, Disyaki Memalsukan Laporan Jual Beli Pemain