Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Terengganu, Mohamad Nasir Basharudin mengakui disiplin tinggi semua pemain terutamanya jentera pertahanan menjadi tunjang kepada kejayaan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0, malam tadi.

Dibarisi sebahagian besar pemain muda dan terpaksa berdepan skuad tuan rumah yang mempunyai reputasi cukup hebat dalam kancah bola sepak tempatan itu dilihat tidak sesekali melunturkan semangat pemain Terengganu.

Masuk pada minit ke-76 bagi menggantikan Nik Akif Syahiran Nik Mat, Nasir turut memainkan peranan penting dalam menyerap asakan bertubi-tubi dijelmakan JDT sebaik sahaja skuad Harimau Selatan itu ketinggalan menerusi jaringan Mohamad Hakimi Abdullah.

Sehubungan dengan itu, Nasir melihat tidak mahu jauh ditinggalkan JDT, disiplin tinggi serta fokus barisan pertahanan dalam mengurangkan peluang jaringan gandingan berbisa mereka menjadi tunjang kepada kejayaan diraih Terengganu malam tadi.

“Semestinya semangat juang dan ‘tactical dicipline’ dalam padang dipersembahkan semua pemain daripada minit pertama hingga ke wisel penamat sangat membantu,’’ ujar Nasir bercakap kepada wakil Vocket FC.

“Tiga mata penuh juga sangat penting kerana sekiranya kami kalah pada perlawanan ini, perbezaan mata akan lebih jauh. Jadi, itu yang mendorong semua pemain bermotivasi tinggi untuk bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan kemenangan.’’

“Seperti yang kita semua tahu, JDT memiliki kualiti jentera serangan yang terbaik dimana mereka memiliki Bergson Da Silva, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez.’’

“Kami cuba mengurangkan seberapa banyak peluang untuk mereka menjaringkn gol seperti mengurangkan kesalahan-kesalahan di kawasan berdekatan kotak penalti.’’

“Alhamdulillah dengan disiplin yang tinggi dipamerkan semua pemain, Terengganu berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ dan lebih manis kami dapat menjaringkan gol kemenangan,’’ tambah Nasir Basharudin lagi.

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group