Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi nasihat kepada salah seorang pemain muda terbaik dalam pasukannya iaitu Arif Aiman.

Menerusi laman media sosial Instagram, Tunku Ismail memberitahu Arif untuk terus mere dah diri dan kekal berdisiplin kerana perjalanannya yang masih jauh dalam arena bola sepak profesional.

TMJ
Instagram Arif Aiman

“Kerja yang baik Arif. Terus merendah diri dan tetap berdisiplin. Anda masih muda dan perjalanan masih lagi jauh.

“Saya berdoa semoga Allah sentiasa memberkati anda, dan kurniakan banyak lagi rezeki dan kejayaan,” katanya.

Pemain berusia 20 tahun itu mengambil nasihat TMJ dengan sikap yang terbuka dimana beliau mengucapkan terima kasih dan akan sentiasa ingat pesanannya.

Ada segelintir peminat yang beranggapan bahawa nasihat yang diberikan oleh Tunku Ismail sebagai pesana sebelum pemain itu beraksi di liga luar negara.

Arif merupakan salah seorang pemain sayap terbaik dalam saingan Liga Malaysia ketika ini dan beliau telah mencatat prestasi cemerlang baik bersama kelab mahupun skuad kebangsaan.

Baru-baru ini, Arif membantu JDT memenangi gelaran Liga Super ke-9 setelah mencatat kemenangan besar ke atas Negeri Sembilan dengan keputusan 5-0. Sebelumnya, Arif menghadiahkan trofi Piala FA untuk kelab dari Selatan itu dengan menewaskan Terengganu pada perlawanan akhir.

Bersama pasukan kebangsaan, Arif membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023 setelah menewaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Melihat kepada prestasi yang sudah diraih oleh Arif, pemain ini dilihat sudah bersedia untuk beraksi di luar negara bagi meningkatkan lagi tahap serta kualiti permainannya dengan turun menentang pasukan yang jauh lebih baik berbanding kelab di Malaysia.