Dua baki perlawanan pusingan pertama Liga Super 2021 bakal jadi penentu nasib Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan apabila beliau diberi kata dua oleh pihak pengurusan.

Melaka United kini berada di kedudukan 10 liga dengan 7 mata dan wajib menang dalam baki 2 perlawanan itu untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Premier. Jika gagal, tempat Zainal Abidin bakal digantikan oleh dua calon jurulatih berpengalaman yang mempunyai lesen Diploma Pro AFC.

Menurut sumber daripada laman web Melaka United Media, bekas jurulatih Perak, Mehmet Durakovic dan bekas pengendali Felda United, Nidzam Jamil disebut-sebut sebagai calon pilihan jika khidmat Zainal Abidin tidak disambung.

Mehmet Durakovic
Mehmet Durakovic. Sumber Gambar: Perak TBG

Durakovic dilihat sebagai calon pilihan utama berdasarkan rekodnya yang pernah memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali bersama pasukan Selangor dan Perak. Beliau juga membawa skuad The Bos Gaurus muncul sebagai naib juara Liga Super pada musim 2018.

Bagaimanapun, sumber tersebut menjelaskan usaha memancing Durakovic sedikit sukar kerana permintaan gaji beliau yang tinggi dianggarkan sekitar RM180,000 sebulan berbanding Nidzam Jamil yang dianggar sekitar RM30,000 sebulan.

Nidzam pernah membawa kelab SPA FC muncul sebagai juara Liga FAM pada tahun 2012. Pada ketika itu juga, pasukannya mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Liga FAM layak ke peringkat suku akhir Piala FA.

Beliau juga mempunyai pengalaman melatih pasukan Air Asia FC, dan pasukan bola sepak Universiti Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Stuart Ramalingam – Pemain Sentuh Pengadil Tidak Semestinya Satu Kesalahan Atau Provokasi

Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?

Ong Kim Swee: Kita Perlu Beri Bimbingan Buat Skuad Projek FAM/MSN