Status juara liga super dan naib juara liga super sudah pun diketahui oleh peminat bola sepak tempatan, namun yang bakal menjadi tumpuan mereka malam ini ialah persaingan mengelakkan zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan di antara pasukan PKNP FC, FELDA United, dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan kedudukan dalam liga, PKNP FC dan FELDA United kini terikat 16 mata dan berada di tangga ke 10 dan 11 tetapi dibezakan dua mata dengan Kuala Lumpur yang berada di tangga tercorot. Untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan, ketiga-tiga pasukan wajib mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan terakhir malam ini.

Di atas kertas, skuad Warga Kota itu dilihat paling sukar untuk mengelak daripada penyingkiran kerana mereka bergantung harap dengan keputusan perlawanan The Fighters dan PKNP.

Menyulitkan lagi peluang The City Boys, mereka perlu berkunjung ke tempat lawan bertemu pasukan handalan, Perak, manakala skuad kendalian Nidzam Jamil dan Abu Bakar Fadzim itu pula mempunyai peluang seimbang untuk salah satu pasukan terselamat daripada penyingkiran.

Bagaimanapun, jurulatih sementara Kuala Lumpur, Roslee Md Derus, yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk mencipta keajaiban malam sekaligus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Persiapan sepanjang minggu ini berjalan lancar dan semangat pemain di tahap tinggi menjelang aksi terakhir liga.

“Apatah lagi selepas mengetahui Felda tewas kepada Pahang (Rabu lalu), ia sekali gus memberi sedikit kelebihan kepada kami.

“Apa yang penting, kami perlu menang sementara apa yang terjadi antara PKNP dan Felda, kami tidak dapat jangka,” katanya dalam Stadium Astro.

67243789_2432280800148393_4096353478358597632_o
FOTO: KL Hawks

PKNP FC enggan bergantung pada nasib pasukan lain

Sementara itu, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim tidak mahu anak buahnya terlalu memikirkan keputusan pasukan FELDA United dan Kuala Lumpur sebaliknya fokus dalam usaha mencari tiga mata penuh malam ini.

Beliau mengakui pasukannya berdepan tugas sukar untuk menentang Petaling Jaya City kerana lawannya itu berjaya menumpaskan juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin minggu lepas.

“Ini peluang terakhir buat kami.Jadi kami tiada pilihan melainkan cari kemenangan agar tidak perlu bergantung nasib kepada orang lain. Sebenarnya ketiga-tiga pasukan mempunyai peluang jika menang perlawanan terakhir masing-masing ini.

” Kami mahu menang bagi menunaikan cabaran yang dilontarkan oleh Presiden PKNP FC supaya kekal dalam Liga Super 2020, “jelasnya.

FELDA United tetap buru tiga mata penuh

Pengendali skuad The Fighters, Mohd Nidzam Jamil menuntut anak buahnya melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengelakkan daripada tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan apabila dijadualkan bertemu finalist Piala FA musim ini, Kedah di Stadium Tun Abdul Razak.

“Saya tahu bukan mudah menewaskan Kedah yang diakui antara pasukan hebat selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang.

“Mahu atau tidak, kami perlu menang dan tidak boleh memikirkan dua lagi pasukan iaitu PKNP FC dan Kuala Lumpur yang turut mahukan kemenangan untuk kekal dalam saingan (Liga Super) musim depan.

66179078_2626449460733071_7949683546602340352_n
FOTO: FELDA United

“Saya harap pemain lebih bijak mengawal permainan dan pada masa sama, mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menyekat pasukan kekal dalam liga musim depan.

“Jentera pertahanan juga diharap mengekalkan fokus mereka sehingga tamat perlawanan,” katanya dalam Arena Metro

Sumber