Nasib juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim dalam saingan AFC Champions League (ACL) bakal diketahui pada pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata pihaknya sedang membuat penelitian mengenai penyertaan semua pasukan termasuk JDT dalam saingan tersebut.

AFC Champions League
Sumber Gambar: JST

“Kami masih meneliti untuk mengesahkan semua penyertaan kelab bagi ACL termasuk kelab dari Malaysia. (Keputusan akan diumumkan) dalam pertengahan bulan Januari,” katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan AFC menolak pendaftaran skuad Harimau Selatan itu untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada musim 2021.

AFC dikhabarkan berbuat demikian setelah JDT menarik diri dari saingan pada edisi 2020 ekoran tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam saingan edisi musim lalu, JDT diundi bersama kelab J. League iaitu Vissel Kobe, kelab K League, Suwon Samsung Bluewings dan kelab Chinese Super League, Shanghai SIPG.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

CEO KDA FC Nafi Bakal Dapatkan Khidmat Mohamadou Sumareh

RASMI: Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada 16 Jun Hingga 16 Julai

Junior Eldstal Dedahkan Faktor Sertai Chonburi, Mahu Kembali Sarung Jersi Skuad Kebangsaan