Penyanyi popular tanah air, Nash Lefthanded atau Datuk Nashrudin Elias memberi sokongan penuh kepada anaknya, Aniq Asri untuk mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak profesional negara.

Malah, beliau sanggup melabur puluhan ribuan ringgit bagi menampung perbelanjaan anaknya yang bakal berkelana ke Sepanyol untuk menyertai Akademi Malaga City FC pada bulan September.

Akademi swasta ini memfokuskan kepada pembangunan pemain muda, dimana mereka memiliki 2 buah skuad dalam kategori pembangunan – U19 dan U21.

EazYxTeU0AAVSu6
Aniq Asri ketika bersama NFDP.

Skuad U19 akademi ini adalah sebuah pasukan yang mengumpulkan pemain-pemain muda dari pelbagai negara dan banyak mengatur perlawanan ujian dengan beberapa akademi kelab La Liga seperti Barcalona, Real Madrid dan Villareal.

Aniq merupakan graduan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan pernah mewakili UiTM FC dalam saingan Piala Belia tahun lepas. Nash melalui kenyataan di Suara Merdeka menjelaskan beliau tidak kisah jika anaknya itu tidak mengikut jejak langkahnya menjadi seorang penyanyi.

Beliau mahu anaknya itu mengharumkan nama negara dan mencari peluang mencipta nama di eropah.

“Saya tidak memaksa kerana terpulang kepada anak-anak, kerjaya apa yang menjadi pilihan mereka. Mungkin cukup la ayahnya seorang yang menjadi penyanyi.

“Kalau ada duit tetapi tiada bakat, apa pun tidak menjadi. Persetankan dengan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap menghantar Aniq ke akademi itu adalah satu pelaburan kosong.

“Apa yang penting bagi saya, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukannya dan kami hanya memberi galakan untuk dia berbakti kepada negara,” jelas Nash.

Nash juga percaya anaknya itu akan kembali berbakti kepada negara jika mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan dan membantu Malaysia mencatat kemenangan di pentas antarabangsa.

“Sekarang dia dah balik ada di sini (Kuala Lumpur) disebabkan oleh Covid-19. Tak lama lagi dia akan balik ke Sepanyol dan meneruskan latihan di sana,” katanya.

Selain Aniq, terdapat 3 lagi pemain muda dari Malaysia turut diterima masuk ke akademi tersebut iaitu Allee Putra, Devekumaran Muniswaran, dan Mubashshir Azizi. Kesemua pemain ini telah lulus dalam ujian pemilihan yang diadakan pada bulan lalu.

Baca artikel lain mengenai kisah pemain muda Malaysia ke Sepanyol melalui pautan dibawah.

Ubi Muda Malaysia, Allee Putra Sah Sertai Akademi Bolasepak Antarabangsa FC Malaga City, Sepanyol