Napoli berjaya belasah Juventus 5-1 dalam aksi Serie A pada awal pagi tadi waktu Malaysia. 3 mata lagi diraih oleh pendahulu liga itu ke atas pasukan gergasi Itali.

Napoli yang juga digelar Il Partenopei mengaibkan Bianconeri yang terus bergelut sepanjang musim ini, walaupun dalam beberapa aksi terakhir mereka kelihatan sudah mulai bangkit.

Juventus yang memulakan musim ini dengan terumbang ambing telah berjaya mendaki sehingga ke 3 teratas menjelang sepak mula. Mereka sangat kebal dalam 8 perlawanan terakhir.

Namun aksi di Napoli benar benar mengecewakan sama sekali.

Bertempat di Stadium Diego armando Maradona, Naples, Napoli mengasak ke kubu Juventus sejak awal lagi.

Mereka mendahului menerusi penyerang sensasi Victor Osimhen pada minit ke-14. Pendahuluan itu kemudian digandakan oleh Khvicha Kvaratskhelia pada minit ke-39.

Namun sebelum rehat, Juventus merapatkan kedudukan menerusi gol oleh Angel Di Maria pada minit ke-42. Dan gol itu awalnya dianggap petanda kebangkitan Juventus.

Malangnya, pada separuh masa kedua, Napoli malah mendapat 3 lagi gol dan Juventus kena belasah teru.

Amir Rrahmani mengembalikan kelebihan 2 gol pada minit ke-55.

Osimhen kemudian menjaringkan gol keduanya, yang juga merupakan gol keempat Napoli pada minit ke-65.

Eljif Elmas melengkapkan kemenangan bersejarah Napoli dan menambah derita Juventus dengan gol minit ke-72.

Tamat perlawanan, Napoli 5 Juventus 1. Kali terakhir Napoli belasah Juventus 5-1 adalah pada 1990 ketika adanya legenda Diego Maradona dalam pasukan.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Napoli selaku pendahulu Serie A dengan beza 10 mata di atas AC Milan dan Juventus.

Namun AC Milan ada 1 perlawanan dalam tangan.