Napoli akhirnya secara rasmi menjenamakan semula stadium mereka kepada Stadio Diego Armando Maradona.

Sebelum ini Datuk Bandar Naples, Luigi De Magistris telah menyatakan cadangan tersebutย sebagai penghormatan kepada Diego Maradona.

Seperti yang diumumkan dalam pernyataan rasmi petang semalam, stadium yang berpusat di kejiranan Fuorigrotta di hujung barat kota itu secara rasmi akan menukar namanya dari ‘Stadio San Paolo’ menjadi ‘Stadio Diego Armando Maradona’.

Pemain nombor legenda Napoli 10 telah meninggal dunia pada 25 November pada usia 60 tahun. Mendiang menghabiskan masa 7 tahun sebagai pemain di Campania.

Maradona sebelum ini pulih daripada pembedahan membuang darah beku dari otaknya. Dia discaj dari hospital pada 12 November lalu.

Maradona meninggal dunia di rumahnya di Tigres, Buenos Aires, yang telah membuatkan semuaa peminat bola sepak berduka terutama sekali penyokong Argentina dan Napoli.

Maradona diingati sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dan pencapaian tertinggi dalam kariernya adalah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1986.

Di peringkat kelab, pencapaian luar biasa Maradona adalah membantu Napoli menjuarai Serie A sebanyak dua kali, satu kejuaran Copa Italia dan satu kejuaraan Liga Europa.

Maradona memahatkan namanya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman di Napoli selepas menyertai mereka pada 1991.

Presiden kelab, Aurelio de Laurentiis menyatakan bahawa kelab Napoli masih berbincang untuk mengabdikan namanya di stadium mereka. Kerana nama Maradona terlalu ikonik bagi kelab mereka.

Napoli sebelum ini sudah pencenkan jersi no.10 daripada kelab mereka sebagai tanda penghormatan kepada Maradona.

“Kami mempertimbangkan untuk memanggil nama stadium kami sebagai San Paolo-Diego Armando Maradona,โ€ย  kata De Laurentiis kepada RMC Sport.

Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris, telah menyokong cadangan itu.

Beliau berkata:”Diego Armando Maradona sudah pergi selamanya, pemain yang paling hebat sepanjang zaman dalam arena bola sepak.”

“Diego membuatkan warga Naples berani berimpian, dia ‘mengeluarkan’ Naples dengan kegeniusannya.”

“Pada 2017, Maradona mendapat status penduduk kehormat. Diego adalah seorang Neapolitan dan Argentina. Kamu memberikan kami kebahagiaan dan kegembiraan. Naples sayangkan kamu.”

Baca juga perkembangan lain

Laporan ‘Scouting’ Barcelona Tentang Maradona Pada 1978 Yang Luar Biasa

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Maradona Pelik Kontraknya Tak Diperbaharui Selepas Segala Pengorbanan Diberikannya