Napoli mengesahkan bahawa mereka dalam proses untuk menukar nama Stadium San Paolo dengan nama Diego Maradona. Ianya bersempena dengan nama legenda kelab mereka yang meninggal dunia pada 25 November – kerana serangan jantung.

Maradona sebelum ini pulih daripada pembedahan membuang darah beku dari otaknya. Dia discaj dari hospital pada 12 November lalu.

Maradona meninggal dunia di rumahnya di Tigres, Buenos Aires, yang telah membuatkan semuaa peminat bola sepak berduka terutama sekali penyokong Argentina dan Napoli.

Maradona diingati sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dan pencapaian tertinggi dalam kariernya adalah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1986.

Di peringkat kelab, pencapaian luar biasa Maradona adalah membantu Napoli menjuarai Serie A sebanyak dua kali, satu kejuaran Copa Italia dan satu kejuaraan Liga Europa.

Maradona memahatkan namanya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman di Napoli selepas menyertai mereka pada 1991.

Presiden kelab, Aurelio de Laurentiis menyatakan bahawa kelab Napoli masih berbincang untuk mengabdikan namanya di stadium mereka. Kerana nama Maradona terlalu ikonik bagi kelab mereka.

Napoli sebelum ini sudah pencenkan jersi no.10 daripada kelab mereka sebagai tanda penghormatan kepada Maradona.

“Kami mempertimbangkan untuk memanggil nama stadium kami sebagai San Paolo-Diego Armando Maradona,”  kata De Laurentiis kepada RMC Sport.

Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris, telah menyokong cadangan itu.

Beliau berkata:”Diego Armando Maradona sudah pergi selamanya, pemain yang paling hebat sepanjang zaman dalam arena bola sepak.”

“Diego membuatkan warga Naples berani berimpian, dia ‘mengeluarkan’ Naples dengan kegeniusannya.”

“Pada 2017, Maradona mendapat status penduduk kehormat. Diego adalah seorang Neapolitan dan Argetina. Kamu memberikan kami kebahagiaan dan kegembiraan. Naples sayangkan kamu.”

Baca juga perkembangan lain

UCL: Atalanta Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool Di Anfield (Aksi 90 Minit)

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

UCL: Giroud Masuk Dan Menjaringkan Gol Kemenangan Masa Kecederaan