Kelab gergasi Itali, Napoli telah menunjukkan minat untuk menandatangani bintang dari Iran, Sardar Azmoun dalam pintu perpindahan yang akan datang menurut laporan daripada Tehran Times. 

Napoli ketika ini sedang memantau perkembangan semasa penyerang Real Madrid, Luka Jovic dan pada masa yang sama menghantar pasukan ‘scout’ untuk menilai prestasi penyerang kelab Zenit St. Petersburg itu yang telah menjaringkan 11 gol serta 5 ‘assists’ dalam saingan Liga Rusia musim ini.

Azmoun yang juga digelar sebagai “messi iran” itu turut dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi menggantikan tempat Divock Origi namun perpindahan itu masih belum berlaku sehingga kini. 

Pemain berusia 25 tahun itu telah mewakili skuad kebangsaan Iran pada tahun 2015 dan 2019 dalam kejohanan Piala Asia dan beliau juga turut beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Beliau menyertai Rubin Kazan dari kelab Iran, Sepahan pada tahun 2013 dan dipinjamkan ke FC Rostov pada musim 2015/16. Azmoun kemudian dipindahan ke Rostov dengan kontrak tetap untuk musim 2016/17 sebelum Rubin membawanya kembali pada tahun 2017.

Pada bulan Februari 2019, kelab gergasi Rusia, Zenit St. Peterburg telah menandatangani Azmoun dengan kontrak selama 3 tahun setengah sekaligus menjadi antara pemain termahal di Iran.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja

Media Belanda Yakin Doan Van Hau Tidak Kekal Lama Di Eredivisie

Korea Selatan ‘Convert’ Fasiliti Latihan Skuad Kebangsaan Menjadi Pusat Rawatan Pesakit COVID-19