Nani menganggap reaksi ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo pada ketika ini untuk meninggalkan Manchester United merupakan perkara yang normal buat bekas rakan sepasukannya itu.

Masa depan Ronaldo mencuri tumpuan dunia selepas beliau berhasrat untuk meninggalkan The Red Devils tetapi masih tiada kelab gergasi Eropah berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Ejen beliau, Jorge Mendes pernah menawarkan khidmat Ronaldo kepada Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) tetapi semuanya ditolak oleh kelab-kelab tersebut.

“Sudah lama kami bermain bersama dan Cristiano bukan lagi seorang kanak-kanak,” ujar Nani menurut kenyataan dikeluarkan Goal.

“Masa berubah dan reaksi serta sikap juga akan berubah. Tetapi apa yang saya lihat, dia melakikan perkara sama seperti kebiasaan. Dia tidak suka kekalahan, dia bertindak balas apabila melihat pasukan tidak melakukannya dengan baik.”

“Tetapi satu-satunya perbezaan ialah masa yang berbeza. Dia sekali lagi bermain di Manchester United tetapi dia telah berada di seluruh dunia dan bermain dengan baik bersama pasukan berbeza dengan pemain berbeza.”

“Pada ketika ini, dia berada di kelab yang mana pengurus sedang mencuba untuk membina sebuah pasukan yang kuat dan ia bukannya kerja mudah, ia akan mengambil masa.”

“Untuk Cristiano Ronaldo, dia tidak mempunyai masa untuk kalah dalam membina pasukan atau menunggu sehingga musim hadapan. Dia mahu terus berada di puncak dan menjaringkan gol.”

“Itulah sebabnya reaksi yang ditunjukkannya adalah normal, kita semua juga kadang-kadang mempunyai reaksi yang salah,” tambah Nani lagi.

Sumber