Sebuah kelab divisyen 2 Jepun, Kyoto Sanga dalam satu kenyataan akhbar minggu lalu mengesahkan mereka telah berjaya mendapatkan dana besar untuk ‘stadium naming rights’ mereka.

Bekas kelab pemain Manchester United, Park Ji Sung sebelum berhijrah ke PSV Eindhoven ini sedang dalam fasa akhir membina sebuah stadium bola sepak baharu yang dianggarkan bernilai RM638.4 juta dengan kapisiti tempat duduk sekitar 21,600 kerusi dan bakal digunakan seawal musim bunga 2020.

‘Naming rights’ bagi stadium baru itu dimiliki oleh penaja utama mereka iaitu syarikat gergasi elektronik dunia, Kyocera dan stadium itu nanti akan menggunakan nama Sanga Stadium by Kyocera.

5C4AFCA5-4AB5-4EC2-BF1A-5DCD205AF73C

Menurut artikel akhbar tempatan Jepun, Kyocera merupakan satu-satunya pihak yang menyatakan minat untuk membida hak milik nama stadium itu. Kontrak jangka masa panjang Kyocera itu dilaporkan selama 20 tahun.

Dengan termeterainya penjanjian tersebut, Kyoto Sanga FC akan menerima sekitar RM3.76 juta setahun dari Kyocera selama 20 tahun, dijangka akan berakhir pada tahun 2040.

Jumlah kos pembinaan Sanga Stadium by Kyocera itu adalah merupakan hasil sumbang ramai pihak samada secara individu ataupun syarikat. Mana-mana pihak yang memberikan sumbangan lebih dari RM1,910 (JPY50,000), nama mereka akan diabadikan diatas ‘plaque’ serta dipamerkan disatu sudut khas stadium baharu itu nanti.

Masih ada beberapa buah stadium bola sepak  yang sedang dan akan dibina, pastinya akan menaikkan lagi nilai bola sepak itu sendiri terutama kepada komuniti setempat.

Pihak kelab juga telah bersetuju bahawa gabungan 2 entiti iaitu Sanga dan juga Viva akan menguruskan segala operasi serta ‘maintenance’ stadium menggunakan kepakaran mereka dalam beberapa bidang berkaitan sukan dan kecergasan.

Ia sekaligus mampu untuk mengelakkan pembaziran akibat kelemahan urus tadbir selain Viva mengetengahkan serta melakukan pemindahan ilmu kepada Sanga dalam bidang berkaitan.