2 bintang muda pasukan negara Safawi Rasid dan Akhyar Rashid sudah perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk sebarang perkembangan sekiranya menerima maklum balas positif dari pihak JLeague.

Menurut makluman dari pejabat JLeague melalui seorang pegawai mereka mengesahkan bahawa nama 2 pemain itu sudah pun dicadangkan kepada mereka dan mereka akan meneliti dengan lebih rapat aksi 2 pemain ini bagi menilai sendiri kemampuan mereka.

Peluang dan pengalaman yang diraih dalam beberapa kejohanan diperingkat Asia merupakan pentas terbaik yang telah digunakan oleh 2 pemain ini untuk mempamerkan bakat mereka ketika bertemu lawan yang lebih gah dalam aksi bola sepak dunia.

2018-09-07_9-00-27

Tahun 2019 merupkan tahun yang cukup penting khususnya untuk Safawi untuk menguatkan lagi hujah untuk berkelana ke luar negara. Johor Darul Ta’zim akan beraksi dalam saingan AFC Champions League dan ini mereka pentas paling berpengaruh untuk dijadikan sebagai pintu utama untuk mendapat tempat dalam pasukan di liga luar negara.

Dari maklumat yang diterima, pihak JLeague masih belum membuat sebarang pemerhatian rapi sebelum ini dan mereka akan mula memberikan perhatian yang lebih untuk menilai prestasi kedua-dua pemain ini untuk membuat keputusan.

JLeague memperkenalkan slot khas untuk pemain import dari negara yang berstatus JLeague Partner Nations dimana pemain-pemain tersebut akan dikira sebagai pemain tempatan tanpa menggangu slot pemain import yang dibenarkan.