Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona kini membuka nama Stadium Nou Camp untuk dibida.

Penjualan hak penjenamaan itu adalah untuk membantu kelab mendapatkan dana tambahan untuk mengatasi impak ekonomi kesan koronavirus.

Lembaga pengarah kelab telah bermesyuarat menerusi persidangan video pada Selasa, dan mereka sebulat suara setuju untuk menjual hak nama stadium tersebut.

Hasil daripada penjualan itu – kesemua wang itu akan disalurkan kepada tabung covid-19.

Nou Camp merupakan stadium terbesar di Eropah dengan 99,000 tempat duduk. Ianya tidak pernah dibuka kepada penaja sejak ia beroperasi pada 1957.

Tinbalan Presiden kelab, Jordi Cardoner memberitahu The Associated Press: “Kami mahu memberikan mesej global: buat pertama kalinya, anda berpeluang untuk meletakkan nama anda di Nou Camp.”

“Hasil daripada wang itu akan disalurkan untuk tujuan kemanusiaan, bukan sahaja untuk Barcelona.”

“Inisiatif ini diambil kerana keadaan darurat ketika ini. Kita merasakan bahawa kita harus memberikan respon segera.”

Ini akan menjadi satu lagi peristiwa bersejarah. Sebelum ini Barcelona menamatkan tradisi jersi tanpa penaja mereka.

Cuma bezanya, untuk nama stadium ini, ianya untuk kebajikan seratus peratus.

Hak penjenamaan stadium ini untuk musim 2023/24. Barcelona menjangkakan mereka akan berjaya mendapatkan sekitar €300 juta daripadanya.

Cardoner yakin ramai pihak yang berminat untuk mendapatkan hak penjenamaan stadium itu. Lebih-lebih lagi stadium itu menjadi gelanggan utama pemain seperti Lionel Messi.

Cardoner, antara mereka yang baru sembuh daripada koronavirus. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ia adalah permulaan kepada satu lembaran baharu dalam pengurusan bola sepak Barcelona.

Di mana, mungkin selepas ini mereka akan terus menjual hak jenama stadium kepada penaja untuk jangka masa panjang.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

Maguire: Man United Mahu Kejuaraan Liga Bukan Sekadar ‘Top 4’

Arsenal Capai Kesepakatan Potong Gaji Pemain 12.5% Namun Bersyarat

Real Madrid Tamatkan Baki Musim Ini Di Stadium Kecil 6,000 Tempat Duduk