Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi menegaskan tidak wujud status ‘Reserve Team’ daripada kalangan pasukan Liga M3 mahupun pasukan Liga M4 kepada pasukan Liga Premier buat masa ini.

Jelas Datuk Wira Yusoff, pelaksanaan ‘Reserve Team’ hanya melibatkan pasukan Liga Premier dan Liga Super sahaja di mana AFL tidak menggunapakai sistem itu.

Justeru, Datuk Wira Yusoff mengingatkan kepada semua peminat agar tidak keliru ekoran nama mirip dengan pasukan Liga Super atau Liga Premier selepas kebanyakan pasukan Liga M3 menjenamakan semula pasukan memandangkan ada di antara mereka mendapat sokongan daripada persatuan yang sama.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada status ‘Reserve Team’ di peringkat Liga M3 mahupun Liga M4 buat masa ini sebagaimana sistem itu hanya digunapakai oleh pasukan Liga Super sahaja.

“Saya berharap orang ramai tidak keliru dengan segelintir pasukan yang memiliki nama hampir sama dengan pasukan liga atasan seperti Melaka (Liga Super) dan Melaka United FC (Liga M3), Sarawak United (Liga Premier) dan Sarawak FA (Liga M3), Kuala Lumpur (Liga Premier) dan KL Rovers (Liga M3). Pasukan M3 ini bukan berstatus ‘Reserve Team’, “katanya.

83699255_488976528487887_1177588214752346112_o

Bagi musim ini hanya empat pasukan Liga Super yang mempunyai pasukan ‘Reserve Team’ yang beraksi dalam Liga Premier iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT)/ JDT II, Selangor/ Selangor 2, Terengganu FC/ Terengganu FC II, Perak/ Perak II.

Dalam perkembangan sama, Datuk Wira Yusoff turut menjelaskan penstrukturan semula Liga M3 menyaksikan Melaka United FC, Semarak FC, KL Rovers mengisi slot baharu membabitkan 20 pasukan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan berbanding 14 pasukan pada musim lalu dalam satu liga.

“Bagaimanapun hanya 9 pasukan daripada Liga M3 musim lalu kekal selepas Kuching FA dan Kelantan United FC dinaikkan ke Liga Premier musim 2020.

“Justeru, pemenang pusingan play off iaitu KSR SAINS dan Ikram Muda FC termasuk empat lagi pasukan yang bermain di pusingan playoff iaitu PIB FC, Klasiko FC, Thai Selangor FC dan NLFC-MAHSA turut mengisi slot bagi memenuhkan kuota 20 pasukan bagi saingan Liga M3 musim ini,” katanya.

Pada sesi taklimat dengan pasukan Liga M3 pada 18 Januari lalu, AFL telah mengumumkan bahawa saingan liga amatur itu bakal distrukturkan bermula musim ini sebagai salah satu persiapan untuk mempersiap pasukan amatur kepada semi-pro bermula musim 2021 nanti.

Bagi musim 2021, hanya 12 pasukan terbaik dengan rekod kewangan baik akan dibenarkan beraksi di saingan Liga M3 manakala baki lapan pasukan lagi akan bersaing di Liga M4. Bagi melengkapkan slot 12 pasukan Liga M4 2021, empat lagi pasukan terbaik Liga M4 2020 akan dipilih.

Manakala liga-liga yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri ataupun Liga Swasta yang diiktiraf oleh AFL akan diselaraskan menjadi M5 bermula tahun 2021.

Penambahbaikan ini bagi memastikan kualiti pasukan di Liga M3 tidak terlalu jauh seandainya pasukan amatur itu dinaikkan taraf ke Liga Premier.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

‘Posing’ Mat Yo Dalam Majlis Pengenalan Pemain BG Pathum United Musim 2020 Jadi Bualan Para Peminat.

AFC Club Ranking: JDT Berada Dalam Top 50 Kelab Bola Sepak Terbaik Di Asia Dan Ke-6 Di Rantau ASEAN

Qatar Airways Secara Rasmi Jadi Penaja Utama Saingan Liga Bola Sepak Nepal Musim 2020