Julian Nagelsmann mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran Real Madrid pada 2018 untuk menggantikan Zinedine Zidane.

Bukan kerana beliau tak gembira dengan tawaran itu, tetapi merasakan ianya tidak masuk akal.

Semua pengurus di dunia pastinya tertarik untuk menguruskan Real Madrid terutama sekali pengurus baharu.

Kegagalan mendapatkan Nagelsmann membuatkan Madrid melantik Julen Lopetegui untuk jawatan tersebut.

Pada 2019 Nagelsmann, telah memutuskan untuk menerima tawaran RB Leipzig dan membantu pasukan itu menamatkan saingan di tangga ketiga Bundesliga.

Pengurus muda berusia 33 tahun itu menegaskan beliau merasakan menyertai Real Madrid pada masa itu adalah terlalu awal untuk beliau mengendalikan pasukan sebesar itu.

“Kami ada bercakap menerusi telefon dan akhirnya saya yang membuat keputusan,” tegas Nagelsmann menjelang aksi suku akhir berhadapan dengan Atletico Madrid dalam Liga Juara Juara Eropah.

“Saya percaya itu bukan langkah yang tepat untuk pergi ke Real Madrid ketika itu. Saya salah seorang daripada calon untuk mengisi kekosongan di Real Madrid, tidak lama dahulu.”

“Bagi saya ianya sangat penting. Saya berbual mesra dengan Pengarah Urusan Real Madrid, Angel Sanchez dan akhir sekali saya memutuskan untuk tidak menerimanya.”

“Kami juga setuju, mungkin suatu hari nanti saya akan ke Real Madrid, jika mereka perlukan pengurus baharu dan saya pula ‘available’ pada masa itu.”

Nagelsmann menyatakan beliau memilih pasukan seperti Leipzig kerana ianya lebih logik.

“Saya nak langkah seterusnya saya selepas Hoffenheim menjadi lebih masuk akal. Saya cuba merancang karier dalam bola sepak walaupun sukar.”

“Saya masih muda, dan saya mahu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk membangun. Leipzig adalah pilihan terbaik.”

“Rundingan kami pantas, ketika saya menerima tawaran di atas meja. Kami berunding dengan baik dan saya melihat ini adalah langkah saya seterusnya.”

“Leipzig pasukan lebih besar dan memiliki budget lebih besar berbanding Hoffenheim, yang akan membantu saya terus meningkatkan keupayaan diri.”

“Mereka juga memberikan saya kebebasan untuk menyatakan apa sahaja idea saya dan terlibat dalam perpindahan serta membentuk cara permainan di atas padang.”

Baca juga perkembangan lain

Paratici Anggap Pirlo Pilihan Tepat

UCL: Chelsea Tersingkir Dengan Agregat 7-1

Depay Tunaikan Manifestonya Untuk Singkir Juventus Dengan Panenka