Pengurus Bayern Munich Julian Nagelsmann telah memberikan amaran kepada pesaing kelabnya agar tidak meraikan pemergian Robert Lewandowski. Ini kerana mereka masih lagi mampu untuk menjuarai Bundesliga pada musim akan datang, dan sedia memberikan saingan sengit dalam UCL.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn mengesahkan pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan Barcelona untuk perpindahan Robert Lewandowski.

Dan tidak lama kemudian, Barcelona mengumumkan secara rasmi pemain tersebut.

Oliver Kahn tidak menjelaskan berapa banyak yang dibelanjakan Barcelona untuk menebus Robert Lewandowski daripada Bayern Munich.

Bagaimanapun, Bild melaporkan bahawa Barcelona mnembayar pakej keseluruhan EUR50 juta untuk pemain tersebut.

Pemergian penyerang berusia 33 tahun itu meninggalkan jurang di barisan hadapan pasukan Bayern Munich musim hadapan.

Robert Lewandowski menjaringkan 344 gol dalam 375 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang lapan musim di Allianz Arena.

Dia membantu membawa Bayern Munich memenangi Liga Jerman berturut-turut sejak dia menyertainya.

Salah satu pencapaian terbaik Robert Lewandowski adalah menyumbang kepada kemenangan treble untuk Bayern Munich pada musim 2019-2020.

Bagaimanapun, Julian Nagelsmann mengingatkan pesaing Bayern Munich supaya tidak tergesa-gesa meraikan “kekosongan” di barisan hadapan pasukannya bermula musim 2022-2023.

“Saya tidak percaya pemergian Robert Lewandowski bermakna memudahkan pihak lawan,” kata Nagelsmann, seperti dilaporkan oleh Bild.

“Memang benar, setiap pasukan boleh menumpukan perhatian kepada Lewandowski sahaja. Saya tahu pasukan melakukannya.”

“Cuma sekarang bukan mudah untuk melakukannya, terutama Bayern Munich juga mempunyai ramai pemain yang hebat,” kata Nagelsmann lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich Oliver Kahn juga bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Beliau mengingatkan Bayern mempunyai pemain seperti Sadio Mane yang akan menjadi tumpuan baharu di barisan hadapan Barca.

“Jika saya menjadi jurulatih pasukan lawan, sekarang saya akan memikirkan bagaimana Bayern akan bermain,” kata Kahn.

“Bayern Munich mempunyai banyak kemungkinan untuk barisan serangan. Kami juga mempunyai penyerang bertaraf dunia di Sadio Mane.”

“Sadio Mane seorang pemain yang sangat fleksibel,” kata bekas penjaga gol Bayern Munich dan Jerman itu lagi.