Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengesahkan beliau ada menerima surat tunjuk sebab sebelum aksi Liga Super 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada semalam.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Nafuzi menegaskan perkara tersebut merupakan satu lumrah dalam bola sepak apatah lagi ketika pasukan tidak menampilkan prestasi terbaik.

Tambah Nafuzi, apa yang diperlukan ialah sokongan moral dari semua pihak kerana pasukannya masih bersaing dalam kelompok tiga pasukan terbaik dalam saingan Liga Super.

Sebelum turun berdepan JDT, Terengganu tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dimana mereka tunduk kepada Kedah Darul Aman (KDA) dengan keputusan 2-1 dan Kuala Lumpur City dengan keputusan 1-0.

Dalam aksi semalam, jaringan tunggal Shane Lowry pada akhir separuh masa pertama menyebabkan Terengganu tewas dalam tiga perlawanan terakhir liga sekaligus memberikan tekanan yang lebih berat kepada Nafuzi Zain.

Rentetan kekalahan ini juga menyebabkan Terengganu gagal untuk memintas Kedah yang turut tewas kepada Kuala Lumpur City semalam untuk menduduki tangga kedua sekaligus slot automatik ke saingan Piala AFC musim hadapan.

Selain Terengganu dan Kedah, Penang turut memburu tempat ke saingan peringkat Asia musim hadapan dimana ketika ini mereka mempunyai kutipan mata yang sama dengan Terengganu iaitu 37 mata, dibezakan dua mata di belakang Kedah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Bekas Pemain Sedih Perak Tersingkir Ke Liga Premier

Liga Super 2021: Melaka United Humban Perak Ke Liga Premier

Shazwan Wong Berkongsi Tips Bagaimana Pasukan Perak Mampu Menjana Pendapatan RM391,000 Sebulan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group