Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui anak buahnya sudah bersedia menanti cabaran UiTM FC dalam aksi sulung kempen Liga Super Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Saingan kali ini menyaksikan TFC tampil dengan skuad berbeza berbanding musim lalu berikutan kehadiran ramai muka baharu termasuklah lima tonggak import, Makan Konate, David Da Silva. Petrus Shitembi, Christopher Herd dan Carli De Murga.

Bagi pemain tempatan pula, pasukan yang turut akan bersaing dalam kancah Piala AFC itu telah membawa masuk trio dari Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Bin Ros Hasni dan Mohamad Hakimi Abdullah bersama-sama bekas pemain Pahang, Mohd Faisal Abdul Halim.

Selain itu, beberapa pemain lain seperti Asnan Ahmad (UKM FC), Muhamad Arif Bin Mohamed Anwar (UiTM FC) dan Muhammad Azarul Nazarith Azhar (Felda United) turut diharap dapat menambah kekuatan pasukan tersebut.

Nafuzi

Sehubungan dengan itu, dengan barisan pemain yang dimiliki serta perkembangan terkini skuad bimbingannya, Nafuzi jelas optimis bahawa skuad bimbingannya sudah bersedia untuk menghadapi aksi sulung di Stadium UiTM, Shah Alam itu.

“Harapan saya pastinya bawa keputusan positif apabila bertandang ke tempat lawan, musim lepas perlawanan pertama kita sebagai tuan rumah pun kita kalah (1-3 ke atas Perak), jadi kita harap pemain beri yang terbaik kali ini.”

“Kita pun perlu menilai terlebih dahulu keupayaan UiTM FC untuk kita letakkan pemain yang sesuai dan terbaik.”

“Setakat ini saya masih dalam proses memilih tetapi bagi saya semua pemain sudah bersedia sama ada pemain tempatan atau import,” ujar Nafuzi Zain menurut sumber laporan Bernama.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Ragini: Kelantan Mampu Lakar Kejutan Dalam Saingan Liga Premier

Ini Punca Mengapa Penyokong Bola Sepak Di Vietnam Tidak Mahu Membeli Jersi Kelab V.League

Chong Yee Fatt Mahu Kekal Guna Khidmat Empat Pemain Import

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group