Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain optimis anak-anak buahnya mampu untuk mencipta kebangkitan pada perlawanan terakhir kumpulan A berdepan PKNS FC malam ini sekaligus mara ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia edisi musim ini.

Naib juara Piala Malaysia 2018 itu sedang menduduki tangga kedua dibelakang pasukan Kedah yang telah layak ke suku akhir dan berada tiga mata dihadapan Negeri Sembilan dimana kedua-dua pasukan dibezakan dengan dua perbezaan gol.

Nafuzi
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Saya lihat pemain kian bersemangat dan fokus ketika sesi latihan untuk kembali bangkit mencatat kemenangan, situasi ini sudah pasti melegakan kami dalam misi wajib menang bertemu skuad PKNS FC.

“Ketiadaan pertahanan, Muhamad Hafizal Mohamad yang dilayangkan kad merah ketika bertemu Kedah tidak begitu membimbangkan kami kerana Kamal Azizi Mohd Zabri juga mampu beraksi dengan baik di posisi itu.

Nafuzi
Kamal Azizi. Sumber Gambar: TFC

“Begitu juga ketiadaan dua pemain tengah, Mohd Syamim Yahya dan Thierry Chantha Bin yang masih bergelut dengan kecederaan, tidak begitu menggusarkan kem TFC kerana kami masih mempunyai pemain yang mampu memikul tugasan itu dengan berkesan,” kata Nafuzi menurut laporan Berita Harian.

TFC sekurang-kurangnya perlu meraih keputusan seri apabila bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini bagi memastikan tempat mereka ke peringkat suku akhir terjamin. Jika mereka tewas dan Negeri Sembilan berjaya menundukkan Kedah dengan 3 jaringan ataupun lebih, maka hasrat Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan akan terkubur.

Baca artikel lain mengenai saingan Piala Malaysia 2019 di sini:

Piala Malaysia: Aksi PKNP FC Menentang PJ City FC Ditunda Pada 20 September

Kedah Kehilangan Khidmat Renan Alves Dan Edgar Bernardt