Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menafikan pasukannya mahu mendapatkan pemain pertahanan sekaligus ketua pasukan Perak, Shahrul Saad.

Menurut Nafuzi, berita tersebut hanyalah khabar angin dan pengendali itu menegaskan bukan tugas mudah untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan itu.

Shahrul Saad

Sumber Gambar: Terengganu FC

“Saya tergelak bila membacanya di media sosial, sekarang ini saya mahu fokus pasukan, mengenai masalah dia (Shahrul Saad) dengan pasukan saya tidak ambil tahu.

“Memang kita perlukan pemain bagus seperti Shahrul, tetapi bukan senang dan mudah untuk dapatkan pemain itu,” katanya menurut laporan Cakap Sukan.

Shahrul dikhabarkan bakal meninggalkan Perak setelah pasukan itu terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain yang sudah berlarutan selama beberapa bulan.

Seorang lagi pemain pertahanan, Shakir Hamzah turut dilaporkan bakal meninggalkan pasukan dan menyertai kelab Liga Malaysia lain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Melaka United Lancar Kit Jersi Ketiga Hadapi Baki Saingan Liga Malaysia 2021

Syarikat Pengeluar Sarung Tangan, KenTeam Diumumkan Sebagai Pemilik Baharu Melaka United

Nafuzi Zain: Terlalu Banyak Peluang Kami Bazirkan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group