Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menafikan dakwaan yang mengatakan beliau ada menghantar permohonan bagi mengisi jawatan pembantu jurulatih kepada Kim Pan-gon dalam skuad kebangsaan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dimana Nafuzi Zain menegaskan fokus beliau adalah bersama Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Setelah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan yang baharu, Pan-gon dinasihatkan agar mendapatkan pembantu jurulatih dari kalangan jurulatih tempatan bagi membantu beliau memahami dengan lebih lanjut mengenai bola sepak Malaysia.

Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata seramai 10 jurulatih tempatan menyatakan minat bagi menjadi pembantu kepada Pan-gon.

“Selain nama besar, nama kecil, nama panjang dan nama pendek pun ada. Memang ada beberapa calon yang minat untuk jadi pembantu ketua jurulatih dan perkara itu akan dimuktamadkan bila dia (Pan Gon) sampai sebab dia perlu berjumpa dan menemu bual calon sama ada memenuhi kriteria diinginkan.

“Tetapi nama-nama berkenaan akan disenarai pendek FAM sebelum kita beri kepada dia. Kemudian terpulang kerana dia adalah ketua jurulatih yang akan membuat keputusan siapa dia nak,” katanya.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan Pan-gon akan tiba di Malaysia pada bulan ini dan beliau akan membawa empat pembantu iaitu iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.

Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihannya selepas itu akan mula memantau pemain-pemain sebaik saingan Liga Malaysia 2022 bermula bagi panggilan pertama kem latihan pusat pada Mac 2022 sebagai persiapan awal menjelang Kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan.

Berdasarkan rekod, Pan-gon berjaya membimbing skuad kebangsaan Hong Kong mencipta sejarah buat pertama kalinya meraih pingat emas pada East Asian Games edisi 2009 dan seterusnya menjuarai saingan kelayakan East Asian Football Championship 2010 untuk layak selaku empat pasukan terbaik ke pusingan akhir.

Pan-goh juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Penyeliaan skuad kebangsaan Korea Selatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Benjamin Mora: “Syahmi Safari Tidak Biasa Dengan Sesi Latihan Intensiti Tinggi JDT”

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

B.Satianathan Terkejut Dengan Gaji Yang Diminta Lim Teong Kim

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group