Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain lega penyerang utama pasukan, David Da Silva pulih daripada kecederaan dan sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Petaling Jaya City Jumaat ini.

Da Silva terlepas empat perlawanan liga setelah mengalami kecederaan selepas aksi pembukaan menentang UiTM dan ketiadaan bekas penyerang kelab Indonesia, Persebaya itu diisi oleh Jordan Mintah dari Terengganu II.

David Da Silva
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Memandangkan Da Silva sudah kembali, kami memulangkan semula Jordan kepada Terengganu II kerana mereka juga memerlukan penyerang.

“Apa yang penting, perlawanan dengan PJ City ini perlu menjadi batu loncatan bagi perlawanan kami yang seterusnya.

“Saya harap kehadiran Da Silva dapat memberikan lebih kelancaran buat pasukan Terengganu,” kata Nafuzi menurut laporan Stadium Astro.

David Da Silva
Sumber Gambar: Terengganu

Jordan Mintah berjaya menjalankan tugas dengan baik sepanjang ketiadaan David Da Silva dimana beliau berjaya menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.

Terengganu ketika ini berada di tangga kedua di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan perbezaan satu mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Tiada Jualan Tiket Untuk Perlawanan JDT Menentang Melaka United

Kenny Pallraj Mahu Penyokong Perak Beri Peluang Buat Yee Fatt

Azmeer Yusoff: “Pemain Tempatan Perlu Buktikan Lebih Bagus Daripada Pemain Import”