Tumpas kepada UiTM semalam menjadikan pasukan Terengganu mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut dalam 3 perlawanan terakhir saingan CIMB Liga Super 2020 dan seterusnya bakal menjejaskan peluang mereka untuk berada dikelompok teratas.

Sejak menang keatas Sabah ditempat sendiri pada perlawanan LS5 tempoh hari, pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu masih mencari rentak kemenangan selepas membuka saingan ditempat ke-2 apabila perlawanan liga disambung semula.

Dalam sidang media selepas perlawanan berdepan UiTM semalam, Nafuzi Zain menjelaskan beberapa perkara berkaitan prestasi pasukannya yang mungkin boleh memberikan gambaran kepada semua penyokong pasukan Terengganu khususnya.

119882798_1057740247989989_2456536049614631365_o

“Kita dihukum kerana tidak menggunakan peluang yang ada. Saya rasa kita dengan UiTM, kita lagi banyak mencipta peluang, cuma kita tidak menjaringkan gol.”

“Lawan UiTM bukannya mudah, tempo yang tinggi, kita tahu mempunyai work rate pemain muda yang bagus serta pemain import yang memiliki kelebihan fizikal, dan malam ini adalah tough game untuk kami.”

“Pemain saya bermain dengan baik, mencipta peluang dan sebagainya tetapi ada beberapa moment yang pemain saya leka dan dihukum. Kami tidak memanfaatkan peluang yang ada.”

119709246_1057740224656658_4533829466703292129_o

Ditanya mengenai kelebihan yang dimiliki oleh pasukan UiTM berbanding pasukan Terengganu, ketua jurulatih Terengganu itu menjelaskan bahawa

“Kami nampak dari segi fizikal terutamanya pemain import didepan dan memberikan masalah kepada pertahanan kami.”

“Tapi kami ada juga mengawal permainan, lepas kita terlepas beberapa peluang disitulah kita punya confidence semakin menurun dan perlu diperbaiki untuk perlawanan selepas ini.”

119572333_4351508134921658_1082662721309309642_o

Mengenai peluang untuk merebut kedudukan ke-2 saingan Liga Super, Nafuzi Zain secara peribadi menjelaskan bahawa beliau lebih gemar mengambil pendekatan memberikan fokus game by game.

“Yang penting kita harus menang setiap game, tapi sekarang kita dah kalah 3 game dan selepas ini kita tidak boleh tercicir mata lagi.”

“Untuk menamatkan kedudukan ditempat ke-2 bukan senanglah, kita kena menang dan tengok (bergantung) kepada keputusan lain dan sebab kita kalah malam ini peluang itu tipis sedikit rasanya.”

Dalam perlawanan semalam, dapat dilihat bahawa pemain import UiTM FC dari Lebanon memberikan masalah sehingga memerlukan 3 pertahanan Terengganu cuba menghalang gerakan dan ini komen dari Nafuzi Zain mengenai perkara itu.

You all pun tahu kualiti yang ada pada Rabih Ataya, kalau 1v1 for sure dia boleh atasi pemain kami. Jadi kita kena letak extra player untuk halang dia. Itu cara kita defend sebab kita tak boleh bagi ruang kepada pemain macam dia, kalau bagi peluang memang lagi senang untuk dia jaringkan gol.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

FIFA Arahkan Anderlecht Bayar RM2.56 Juta Kepada Buriram United, Komisen Penjualan Frank Acheampong Masih Tertunggak

RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020

Sebuah Pasukan Sedang Giat ‘Recce’ Potensi Untuk Memiliki ‘Feeder Club’ Bagi Musim 2021

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group