Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan untuk melantik Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Pelantikan jurulatih yang diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan secara sementara setelah Irfan Bakti meninggalkan pasukan itu disahkan Presiden PBSNT, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hari ini.

Nafuzi bakal dibantu oleh Subri Sulong bagi mengendalikan pasukan menjelang musim 2020 dan Dr Ahmad Samsuri berkata 60 peratus muka baharu akan menyarung jersi TFC dan rombakan dalam pasukan akan dilakukan dengan sasaran 80 peratus anak jati negeri itu beraksi bersama pasukan.

Nafuzi Zain

Nafuzi Zain memerhati sesi latihan pemain semalam. FOTO: TFC

“Kami lihat keberkesanan Nafuzi meningkatkan pasukan walaupun diberi masa singkat selain menaikkan pemain-pemain negeri ini.

“Perbelanjaan dapat dijimatkan hampir 30 peratus melalui rombakan ini dan TFC II turut akan dibarisi pemain muda yang kekal atau dinaikkan daripada TFC III dan IV,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Nafuzi Zain

Sumber Gambar: MFL

Pada masa yang sama, Dr Ahmad Samsuri turut menyatakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) akan menjadi gelanggang rasmi bagi TFC dalam menghadapi saingan Liga Super.

Kerja-kerja menaik taraf permukaan padang yang dilancarkan oleh pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan.

Baca artikel lain mengenai Terengganu FC di sini:

Lee Tuck Dan Sanjar Shaakhmedov Kekal Bersama Terengganu FC

Nafuzi Zain Optimis Terengganu FC Bangkit

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group