Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain menggesa dua pemain import pasukan, Dominique da Sylva dan Babacar Diallo untuk bekerja lebih keras bagi memastikan mereka menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan akan datang.

Terengganu terpaksa akur tewas kepada Perak dengan keputusan 3-1 pada perlawanan pembukaan Liga Super musim 2020 minggu lalu dan Nafuzi berharap kedua-dua pemain dapat mempamerkan kebangkitan pada perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman Sabtu ini.

Nafuzi Zain
Nafuzi Zain memerhati sesi latihan pemain semalam. FOTO: TFC

“Itu adalah perlawanan pertama mereka dalam saingan liga namun pemain berkenaan harus mengambil iktibar kesukaran bermain dalam saingan Liga Super.

“Bagi saya mereka juga perlu bekerja lebih keras lagi. Lagipun saya sudah ingatkan kepada semua pemain perlawanan persahabatan tidak sama dengan perlawanan sebenar, jadi apa yang kami nampak barisan pemain import menghadapi kesukaran terutama bertemu pasukan yang memberi tekanan.

Nafuzi Zain
Aksi Babacar Diallo pada perlawanan menentang Perak. Sumber Gambar: TFC

“Bagaimanapun kedua-dua pemain import itu sudah cuba memberikan yang terbaik, mungkin belum tiba masanya. Jadi kami akan perbaiki kelemahan itu selepas ini,” kata Nafuzi Zain menurut laporan Harian Metro.

Dominique da Sylva dibawa masuk bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Kipre Tchetche yang berhijrah menyertai Kedah manakala Babacar Diallo pula menggantikan Igor Zonjic.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu di sini:

Isu Tunggakan Gaji Terus Menghantui Terengganu FC

Liga Malaysia 2020: Terengganu FC Terpaksa Lupakan Khidmat Stuart Wark

RASMI: Terengganu FC Akan Beraksi Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Dalam Saingan Liga Malaysia 2020