Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Terengganu FC semakin menghampiri takhta liga untuk mencabar kedudukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas konsisten dengan kemenangan apabila menang besar 5-0 ke atas Perak FC, Sabtu lalu.

Berakhir perlawanan ke-14 Liga Super, skuad kendalian Nafuzi Zain hanya dibezakan tiga mata dengan JDT untuk berada di tangga kedua liga.

Menurut Nafuzi, beliau enggan terlalu fokus kepada perebutan di tangga teratas liga sebaliknya mahu barisan pemain terus konsisten dengan aksi cemerlang kerana sedikit kesilapan boleh menghukum pasukan untuk lawan merampas kedudukan mereka ketika ini.

213197208_1267633573667321_3595856579528328130_n

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain. FOTO: TFC

Bercakap mengenai prestasi anak buah ketika menentang Perak, Nafuzi menyifatkan ia satu permulaan yang cukup baik selepas berehat lama terutamanya aksi pemain import baharu, Habib Haroon yang cukup membantu untuk mereka mengawal keseluruhan permainan.

“Saya bersyukur dengan tiga mata yang cukup berharga untuk pasukan di mana semua pemain memberi yang terbaik di atas padang mengikut apa yang telah dirancang.

“Saya tidak mahu fikir sangat mengenai lawan lain dan berbaki 8 perlawanan ini, kita kena cuba buru mata sebanyak mungkin kerana kalau kita konsisten, semestinya tempat kita akan di atas.

“Bercakap pasal import baharu, Habib pula, untuk aksi pertamanya memang dia memberi sumbangan besar terutamanya di bahagian tengah dan dia beri keseimbangan kepada pasukan untuk bertahan dan menyerang.

“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dia telah sumbangkan dan bagaimana dia memberi bantuan kepada pemain lain di atas padang”, jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Perlawanan Melibatkan KDA Dan Kuching City Ditunda Ke Tarikh Baharu

Sri Pahang Sekadar Seri Dengan Melaka United

Liga Super 2021: Kebangkitan Babak Kedua Beri Kemenangan Buat JDT Atasi UiTM FC

Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group