Penyokong Terengganu kini boleh menarik nafas lega apabila Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) membuat keputusan untuk mengekalkan khidmat Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain untuk musim 2022.

Status Nafuzi sebelum ini menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan dan beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor namun segala-galanya sudah terjawab semalam.

“Keputusan bagi mengekalkan pengendali Terengganu FC musim 2021 Encik Nafuzi Zain bagi saingan musim hadapan telah dipersetujui. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira banyak aspek termasuk pelan persediaan musim 2022 telah dipersiapkan termasuk senarai pemain yang akan bersama dan akan dilepaskan kelab ini bagi saingan musim hadapan.

“Walaubagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada bakal pengendali Terengganu FC itu samada beliau menerima atau menolak tawaran yang diberikan.

“Pihak pentadbiran ini berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengendali Terengganu FC itu disamping mengharapkan prestasi pasukan Terengganu FC akan terus meningkat bertepatan dengan aras pencapaian yang telah ditetapkan bagi musim 2022 dan persiapan rapi pasukan-pasukan Liga Super yang lain,” kata kenyataan rasmi TFC.

Sejak dibimbing oleh Nafuzi, Terengganu raih kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super musim 2020 dan keempat pada musim 2021. Dalam saingan Piala Malaysia 2021, pasukan itu mara hingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada JDT.

Corak permainan ‘modern football’ yang diterapkan oleh Nafuzi adalah antara sebab utama penyokong TFC mahu khidmat jurulatih dari Kelantan itu dikekalkan. Mereka percaya TFC akan menjadi lebih baik dibawah bimbingan Nafuzi dalam tempoh yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan

Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang

Sean Selvaraj Hampir Pasti Kembali Perkuatkan Negeri Sembilan