Pengurus Juventus menegaskan adalah mustahil untuk melihat Dybala dan Cristiano Ronaldo bermain bersama sama di atas padang.

Pada pra musim lalu, Dybala sudah diberitahu bahawa beliau tidak ada jaminan untuk mendapat minit yang banyak.

Ia membuatkan Dybala berusaha mencari kelab baharu namun akhirnya memutuskan untuk terus kekal bersama Juventus.

Maurizio Sarri menegaskan beliau sukar untuk menggandingkan Paulo Dybala dengan Cristiano Ronaldo dalam satu masa yang sama.

Ini kerana ia akan membuatkan seluruh pasukan kena beradaptasi dengan permainan mereka.

“Dybala adalah pemain yang sangat luar biasa. Isu untuk melihat beliau bermain bersama Cristiano Ronaldo di atas padang adalah sukar untuk melakukan perkara itu.”

“Namun apabila anda ada dua pemain dengan kualiti ini ada, maka seluruh pasukan harus beradaptasi, sama ada dari segi aspek serangan mahupun aspek pertahanan.”

“Ada kemungkinan untuk melihat kotak penalti pasukan lawan agak kosong.”

“Namun semua ini adalah masalah yang bagus untuk dimiliki.”

15857439886716

“Ditanya tentang situasi Miralem Pjanic yang dikatakan sudah tidak ada masa depan dengan skuad Sarri, pengendali itu berkata, pemain itu masih pemain penting dalam pasukannya.

Pjanic dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan terutama sekali ke Barcelona.

“Saya sudah bercakap dengan Miralem Pjanic. Dia pemain yang luar biasa dan tak boleh berterusan untuk bermain di bawah kualiti dia yang sebenar dalam 4 atau 5 perlawanan. Namun itu yang sedang berlaku sekarang.”

“Dia bersetuju dengan saya, dan pertama sekali dia bergelut untuk mengatasi perkara ini.”

“Namun dia kena percaya kepada dirinya bahawa dia pada adalah pemain yang hebat. Tak mengapa kalau dia tidak bermain baik dalam satu perlawanan.”

“Namun dia kena bangkit dan berikan respon segera. Dia sedang mengalami pengalaman mental yang positif. Dia akan bangkit semula.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

5 Bakat Yang Dihasilkan Dari Akademi Genk

Leicester Beritahu Chelsea, Ben Chilwell Bukan Untuk Dijual

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion