Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) memberi bayangan seolah-olah ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan bakal dikekalkan untuk menguruskan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim menegaskan pencapaian Melaka dalam saingan Liga Malaysia musim 2019 dianggap baik kerana mampu memberi saingan kepada pasukan besar seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Selangor, Kedah dan juga Perak.

Tambah Farhan, ketiadaan pemain import, Liridon Krasniqi yang tidak dapat beraksi sehingga ke penghujung musim akibat daripada kecederaan jelas memberi impak yang besar pada pasukan. Ini kerana Zainal hanya menggunakan empat pemain import bagi menamatkan saingan musim 2019 dan keputusan sering tidak berpihak kepada Melaka.

Farhan Ibrahim

Farhan Ibrahim. Sumber Gambar: MFL

“Secara keseluruhannya, MU menunjukkan prestasi baik. Apapun segala permasalahan diyakini dapat diatasi pada musim depan dalam usaha menjadi pasukan antara pasukan terbaik di mata rakyat Malaysia,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selain faktor pemain, Farhan turut menyatakan isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh MUSA menyebabkan badan induk itu tidak dapat membayar gaji pemain selama tiga dan lima bulan dan perkara itu sedikit sebanyak menjatuhkan moral dan prestasi pemain.

Dalam saingan Liga Super, Melaka United menamatkan saingan di tangga keenam manakala dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, Melaka menamatkan saingan di pusingan kedua dan peringkat suku akhir.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Shukor Adan Sudah Tawar Hati Bersama Melaka United

Zainal Abidin Hassan Yakin Pengurusan Melaka United Mampu Selesaikan Tunggakan Gaji

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group