Sejak saingan Liga Malaysia dihentikan buat seketika untuk memberikan laluan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih sebulan yang lalu, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana perjalanan liga untuk musim ini.

Tiada sebarang kenyataan atau kepastian setakat ini, namun dikatakan pihak-pihak yang berkenaan sudah mula berbincang dengan pemegang taruh berkenaan perkara tersebut untuk sekurang-kurangnya memberikan satu gambaran tentang pilihan yang ada musim ini.

Dari maklumat yang diterima, perbincangan bersama 12 pasukan sudah diadakan beberapa hari yang lalu untuk mencari ‘option’ yang ada bagi baki saingan Liga Malaysia.

4 pilihan awal ‘nasib’ Liga Malaysia yang bergantung kepada tamatnya tempoh PKP dikatakan seperti berikut;

Pilihan 1

Paling awal saingan akan bermula pada 3 atau 4 Julai, dengan sesi latihan bermula pada 14 atau 15 Jun 2020.

Sekiranya pilihan ini digunakan, jangkaan saingan Liga Malaysia akan tamat pada 19 September 2020. Kejohanan Piala FA pula akan bermula pada 7 atau 8 Julai 2020 dan perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 26 September 2020.

Manakala bagi saingan Piala Malaysia pula akan dimulakan sekitar bulan Oktober atau bulan November.

Pilihan B

Saingan liga akan disambung semula pada 3 atau 4 Julai 2020, manakala untuk kejohanan Piala FA akan bermula pada 10 atau 11 Julai 2020.

Jika pilihan B digunakan, tiada kejohanan Piala Malaysia untuk musim 2020 diadakan.

Pilihan C

Sekitar bulan Ogos menjadi pilihan seterusnya untuk saingan liga disambung semula jika tempoh PKP dilanjutkan lebih lama.

Dengan tempoh masa yang berbaki cukup singkat, kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia tidak akan diadakan.

Pilihan D

Saingan Liga Malaysia, kejohanan Piala FA serta Piala Malaysia akan dibatalkan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan sehingga September 2020.

Nota:

* Semua perlawanan akan dimainkan tanpa kehadiran penonton, dan dijangka SOP akan dikeluarkan oleh pihak MFL.
* Jendela perpindahan akan ditentukan semula samada ada atau tidak.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”

Stesen TV Vietnam ‘Tidak Mampu’ Bayar Hak Penyiaran Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Yang Terlalu Mahal