Pasukan Selangor berjaya mendapatkan seramai 28 pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan salah seorang daripadanya ialah pemain tengah skuad B-19 tahun negara, Mukhairi Ajmal.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar menerusi satu tweet di laman media sosial Twitter milik beliau yang menunjukkan Mukhairi sedang menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Selain Mukhairi Ajmal, turut kelihatan dalam tweet di atas ialah penjaga gol sekaligus ketua pasukan skuad B-19, Muhamad Firdaus Imran, pemain pertahanan, Muhammad Aidil Azuan dan Harith Haiqal Adam Afkar serta Aikmal Roslan.

Menurut Safirul, secara keseluruhan seramai 15 pemain skuad B-19 tahun negara kendalian Brad Maloney serta 10 lagi pemain yang pernah mendapat panggilan kini beraksi bersama Selangor.

Kesemua pemain daripada AMD ini dijangka beraksi dengan kelab pembangunan, Selangor II dalam saingan Liga Perdana bagi memberikan pendedahan serta bagi memastikan pemain bersedia untuk beraksi bersama pasukan utama.

Seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, Selangor II akan mengambil khidmat seorang pemain import untuk membantu pasukan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Selangor II Bakal Gunakan Khidmat Pemain Import

Satiananthan Sedia Bawa Selangor Ke Asia Pada Tahun 2021

FAS Jelaskan Mengapa Michael Feichtenbeiner Turut Dilantik Sebagai Pengendali Selangor II