Skuad Tok Gajah bakal diperkuatkan kembali oleh bekas pemainnya iaitu R. Gopinathan atau nama islamnya, Muhammad Gopi Rizqi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Kelibat pemain sayap prolifik itu dapat dilihat dalam sesi latihan Pahang pada petang tadi di Taman Gelora sekaligus mengesahkan kepulangan pemain kelahiran Kuantan itu ke pangkuan Tok Gajah.

Turut kelihatan ialah 3 tiga pemain skuad kebangsaan iaitu Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Azam Azih yang melapor diri setelah diberi cuti selama hampir tiga minggu.

81067027_2777680145625995_8631018775979753472_o
FOTO: Pahang FA

Musim 2019, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan JDT pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 30 tahun itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama Harimau Selatan dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bulan Oktober lalu, beliau mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila disahkan telah memeluk agama islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang. Gopi dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu dalam masa terdekat.

Selain Gopi, Pahang turut membawa masuk penjaga gol berpengalaman dari Kuala Terengganu, Sharbinee Allawee serta bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Pahang, Daniel Wafiuddin.

Mereka berdua akan menggantikan tempat Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin yang tidak dilanjutkan kontrak. Manakala khidmat penjaga gol utama, Helmi Eliza masih dikekalkan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia pada musim 2020 melalui pautan dibawah.

Selain Pusat Latihan Tertutup, Selangor Juga Bakal Memiliki Pusat Perubatan Dan Pejabat Teknikal

Bekas Pemain Melaka United Gesa Pengurusan Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji

PJ City Sasar Kelompok Lima Teratas Liga Super 2020