Kelab Thai League 1, Muangthong United menegaskan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menjual pemain tengah, Sarach Yooyen kepada mana-mana pasukan.

Menurut Muangthong, setakat ini mereka belum menerima tawaran daripada pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, terutamanya dari juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Yooyen
Sumber Gambar: Changsuek

“Muangthong tidak mempunyai perancangan untuk menjual pemain terbaik mereka seperti Sarach, terutama ketika mereka tidak mendapat tawaran yang tinggi daripada mana-mana pasukan yang berminat.

“Sarach mempunyai sasaran untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi berbanding saingan Thai League. Sekiranya beliau kekal di Asia Tenggara, maka pasukan yang mahu mendapatkan beliau harus menawarkan gaji yang tinggi untuk meyakinkan pemain itu bagi meninggalkan Muangthong,” menurut laporan media Vietnam.

Sebelum ini, JDT dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Sarach Yooyen bagi menggantikan Hariss Harun sekaligus mengisi kuota pemain import Asean.

Yooyen
Sumber Gambar: Changsuek

Namun, ejen Sarach menafikan khabar tersebut dan menyatakan pemain berusia 27 tahun itu mahu mengikut jejak langkah Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan untuk beraksi di saingan J. League.

Sarach merupakan salah satu pemain tengah terbaik Thailand dimana beliau telah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad Gajah Perang dan juga Muangthong United.

Baca artikel lain mengenai Sarach Yooyen di sini:

Ejen Sarach Yooyen Nafi Khabar Angin Ke Kelab Malaysia, Mungkin Ke J League

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen