Kelab Thai League 1, Muangthong United menyatakan mereka sedia untuk menjual penjaga gol pasukan, Dang Van Lam jika menerima tawaran yang sesuai bagi pemain tersebut.

Perkara ini nyata mengejutkan rata-rata peminat bola sepak Vietnam dimana sebelum ini Muangthong menyatakan mereka tidak merancang untuk menjual penjaga gol yang dibeli dengan harga RM2.3 Juta itu.

Muangthong United
Sumber Gambar: thethao247

Pengarah sukan Muangthong, Ronnarit Suewaja menyatakan pihaknya bersedia untuk melepaskan Van Lam jika mereka menerima tawaran yang sesuai baik dari kelab luar negara mahupun pasukan tempatan.

“Sama ada Van Lam akan dijual atau tidak, itu semua bergantung pada masa akan datang. Jika dia mempunyai peluang untuk beraksi bersama kelab yang lebih besar ataupun kami menerima tawaran yang sesuai, kami akan mempertimbangkannya.

“Van Lam mempunyai kontrak bersama kami selama tiga tahun. Jika beliau berhijrah, kami harus mencari pengganti,” kata Ronnarit.

Muangthong United
Dang Van Lam

Van Lam kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Muangthong United kepada bekas penjaga gol skuad B-22 tahun Thailand, Somporn Yos setelah menampilkan prestasi kurang memberangsangkan pada dua perlawanan pertama saingan Thai League 1.

Penjaga gol yang menyertai Muangthong pada awal musim 2019 itu mempunyai nilai pasaran semasa sebesar RM900,000.

Saingan Thai League ketika ini ditunda buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League di sini:

Gara-gara Hutang Judi Bola, Pemain Thai League Ini Dilaporkan Hilang Dan Gagal Dikesan, Mungkin Diugut Bunuh.

Ini Bayaran Yang Diterima Oleh Pengadil Dalam Saingan Thai League, ‘VAR Referee’ Boleh Tahan Tinggi Juga

Lima Kelab Thai League 1 Ambil Langkah Tidak Potong Gaji Pemain