Kelab Thai League 1, Muangthong United mengambil keputusan untuk memotong gaji pemain sebanyak 30 peratus bagi memastikan kewangan kelab tidak terjejas ketika saingan liga dihentikan buat sementara waktu.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muangthong, Rannarit Suwajaya dimana pemotongan ini bagi memastikan kelab tidak berdepan masalah kewangan sehingga saingan Thai League kembali bersambung pada 12 September ini.

Pasukan

Sarach Yooyen merupakan ketua pasukan Muangthong United musim ini. Sumber Gambar: Thai League

Menurut Rannarit, kebanyakan pemain khususnya pemain import tidak berpuas hati dengan pemotongan gaji sebanyak 30 peratus yang dilaksanakan oleh Muangthong.

Akan tetapi, penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam pula sebaliknya dimana beliau dengan senang hati bersetuju dengan langkah yang diambil oleh majikannya itu.

Muangthong United

Dang Van Lam

Van Lam memegang rekod sebagai penjaga gol termahal dalam saingan Thai League 1 dimana Muangthong mengeluarkan dana sebesar RM2.1 Juta bagi mendapatkan khidmat beliau pada musim 2019 lalu.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu menerima gaji sebanyak RM48 Ribu sebulan, menjadikan beliau sebagai penjaga gol yang menerima gaji tertinggi dalam saingan Thai League 1 ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Thai League 1 di sini:

Buriram United Tawar Gaji RM1.3 Juta Sebulan Untuk Dapatkan Khidmat Daniel Sturridge

Tiga Pemain Import Buriram United Yang Boleh Beraksi Di Liga Malaysia

Dominic Tan Dan Norshahrul Setuju Gaji Dipotong Oleh Pihak Kelab

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group