Kelab Thai League 1, Muangthong United menafikan dakwaan terdapat kelab dari saingan J. League mahu mendapatkan khidmat penyerang import mereka iaitu Heberty Fernandes.

Sebelum ini, laman berita Thailand melaporkan Heberty yang sedang menjalani tempoh pinjaman selama semusim bersama Port FC akan dipanggil pulang ke Muangthong kerana kelab dari Jepun berminat untuk menandatanganu beliau.

Pengarah Teknikal Muangthong, Ronnarit Suewaja menafikan perkara tersebut sambil menyatakan berita tersebut tidak benar dan kelab itu menghormati perjanjian yang telah ditandatangani dengan Port.

Heberty Fernandes
Heberty. Sumber Gambar: Football Tribe

“Saya rasa berita tersebut sengaja dicetuskan oleh ejen pemain. Ini kerana Heberty diuruskan oleh beberapa ejen, di Thailand dan juga luar negara. Mungkin mereka melihat tempoh pinjaman pemain itu yang tamat pada hujung musim ini, sekaligus mahu mencarikan pasukan baru.

“Selain itu, Heberty pernah beraksi di Liga Jepun bersama Vegalta Sendai dan Cerezo Osaka sebelum datang ke Thailand. Sebab itu timbul berita mengenai beliau mahu ke sana,” kata Ronnarit.

Tambah Ronnarit, pihaknya akan menilai pada penghujung musim sama ada mahu memanggil kembali Heberty Fernandes atau melanjutkan tempoh pinjaman bersama Port.

“Kami akan memberi peluang kepada Port untuk mengadakan sama ada mahu melanjutkan tempoh pinjaman Heberty atau sebaliknya. Ketika ini tidak banyak yang kita bincangkan kerana saingan liga belum berakhir,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai kelab Thai League 1 di sini:

Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya

Samut Prakarn City Enggan Jual Jaroensak Wonggorn Ke Muangthong United

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!