Kelab bola sepak tersohor Thailand, SCG Muangthong United hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa mereka meminta Persatuan Bola Sepak Thailand supaya tidak memanggil pemain-pemain mereka untuk menyertai skuad kebangsaan menjelang kejohanan Piala Raja Thai bulan Jun nanti.

Menurut laporan dari portal SiamSport, sebab utama Muangthong United bertindak sedemikian adalah kerana menyedari pemain-pemain mereka mempamerkan prestasi yang buruk dimana kedudukan mereka ini terperosok didasar saingan Thai League 1. Selain itu, mereka juga tidak mahu mencalarkan imej pasukan kebangsaan sekiranya tidak berjaya beraksi dengan baik disebabkan pemain mereka yang berada didalam skuad serta cuba untuk tidak mengecewakan penyokong pasukan kebangsaan.

Berdasarkan kenyataan jurucakap Muangthong United, kelab itu telah mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini dan telah bersetuju membuat keputusan tersebut berdasarkan prestasi pemain yang cukup lemah ketika ini.

D457817E-3DE5-4A1F-A3A7-4E56CB50C51C

“Ini bukan bermaksud kami tidak patriotik. Tetapi lebih tertumpu untuk tidak merosakkan skuad kebangsaan.”

Muangthong United juga turut memberikan cadangan bahawa ada ramai pemain muda yang mempamerkan aksi terbaik dari kelab seperti Samut Prakan City, Chiangrai United serta Trat FC dan mereka patut diberikan peluang untuk masa depan skuad kebangsaan.

C17D1458-5917-41D1-BF10-95A16CC80910

Skuad yang berpangkalan di Pathumthani itu juga memberitahu mereka sebelum ini tidak ‘lokek’ menghantar pemain mereka untuk menyertai skuad kebangsaan, U23,U21 dan U19 walaupun pemain tercedera selepas kembali dari tugasan negara, kelab sedikit terjejas tetapi mereka tetap faham kepentingan untuk membantu pasukan kebangsaan.

Tetapi untuk kali ini, mereka cuba untuk mempertingkatkan prestasi pemain dan apabila telah kembali ke prestasi sebenar, mereka mengalu-alukan panggilan dari skuad kebangsaan.

Sumber